Wednesday 15 February 2012

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh saudara-saudara seislam sekalian

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana Dia masih memberikan kita nikmat oksigen untuk kita terus menumpang di muka buminya ini bagi melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hambanya.Seperti yang kita tahu,kehidupan kita di dunia ini semata-mata mencari bekalan bagi menghadapi hari akhirat kelak. Namun,adakah bekalan kita sudah diisi dengan manisan-manisan yang boleh membawa kita masuk ke dalam syurga??tepuk dada tanya iman kita.

Pada kali ini,saya ingin berkongsi kepada antum semua mengenai sebuah kisah yang memberi kita pengajaran yang sangat bermakna bagi menghadapihari-hari yang seterusnya.Kisah ini menceritakan mengenai seoranghhamba Allah yang sangat alim.Beliau tidak pernah menninggalkan solat fardhu secara berjemaah di masjid.Namun pada suatu hari, beliau terlihat terdapat seorang pemuda yang sedang berdoa kepada Allah S.W.T dengan begitu khusyuk sehingga menitiskan air mata.Lalu lelaki itu pergi kepada pemuda tersebut lalu beliau bertanya "ana melihat anta berdoa tadi sungguh khusyuk sehingga menitiskan air mata.Ana tertarik untuk mencontohi perbuatan anta tetapi bagaimana caranya??" tanya lelaki tersebut. Lalu pemuda itu menjawab "ana telah melakukan terlalu banyak dosa-dosa besar kepada Allah S.W.T,jadi dengan itu,ana ingin bertaubat kepada-Nya memohon keampunan.

Lalu lelaki itu ingin mencontohi perbuatan pemuda tersebut semata-mata ingin mendapat kekhusyukan berdoa sehingga menitiskan air mata supaya doanya dimakbulkan. Lalu lelaki tersebut bertanyakan pendapat pemuda tersebut kemungkaran yang sesuai unuk dirinya lakukan bagi merialisasikan impiannya itu.Pemuda tersebut memberi tiga cadangan iaitu berzina,minum arak dan membunuh. Lalu pemuda tersebut memilih untuk meminum arak kerana baginya itu dosa yang paling senang dilakukan tanpa memberi kesan kepada orang lain.

Kemudian,lelaki tersebut pergi ke bar bagi melaksanakan misinya itu. Setelah itu,lelaki tersebut mabuk. Tiba-tiba lalu seorang perempuan seksi di hadapannya. Tanpa dia sedari,dia melakukan zina dengan perempuan tersebut. Dengan ketentuan Allah,perbuatan mereka itu dilihat oleh seorang lelaki.Lalu,tanpa pikir panjang,lelaki tersebut mengejar saksi itu lalu membunuhnya. Perbuatannya itu menyebabkan dia ditangkap dan diikat di sebatang pokok sebelum diberi hukuman mati. Lalu,pemuda yang berdoa dengan begitu khusyuk sehingga menitiskan air mata yang ditemuinya tadi datang kepadanya lalu berkata "Sesungguhnya engkau akan menerima hukuman mati sebentar lagi.Oleh itu,sebelum engkau mati,tunduklah kepada aku supaya aku dapat selamatkan engkau.".Disebabkan itu,lelaki tersebut tunduk kepada pemuda tersebut lalu mati dihukum bunuh.-the end-..

MasyaAllah,akhirnya lelaki tersebut mati dalam kekufuran. Allah akan memberi ujian kepada hamba-hamba-Nya di dunia ini bagi menguji setebal mana iman di dada mereka.Adakah kita mahu menjadi seperti lelaki tersebut yang pada awalnya seorang yang sangat alim namun akhirnya mati dalam kekufuran.Ayuhlah sahabat-sahabat sekalian kita tingkatkan keimanan dala diri kita ini bagi mencari redha Allah.Sama-sama kita renungkan

-sekiranya terdapat sebarang kesilapn,sila betulkan-

No comments:

Post a Comment